Bahan bahan
:
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak
Untuk doh :
1) 250gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ 1kg
minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga
menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah
tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengahtengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
Sedia untuk dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment