advertisements

Thursday, December 12, 2013

Resepi nasi putih Iran (sedap, peroi, simple, Minyak Zaitun)

Harini nak kongsi resepi nasi putih masak cara orang iran. Kalau masak nasi putih sy mesti masak cara iran sebab nasi putih akan jadi peroi, TAK melekat, sedap dan lebih khasiat! mesti cuba! 

 http://www.myresipi.com/picture/image/10625/large/nasi_iran.jpg?1325677446

Bahan-bahan ( Satu periuk (rice cooker) )

  • Beras biasa saja tak perlu beli basmathi, beras yang hari2 anda masak tu. Ikut suka anda nak berapa pot. :)
  • Minyak zaitun (olive oil) ataupun boleh guna Butter - sy lebih suka guna olive oil
  • Safron - Optional je tak payah letak pun takpe
  • Air





 More Info :
Blog : http://oliveasli.blogspot.com/

Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli

Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS

Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau

hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)

Cara-cara

  1. PENTING IKUT BETUL2 :) :-
  2. Basuhkan beras sampai bersih pastu masukkan air, masak macam biasa
  3. Bila beras dah menggelegak berbuih2, kira2 dan separuh masak, ANGKAT DAN TOSKAN nasi dan BASUH dibawah air yang mengalir sehingga semua kanji2 beras tiada.
  4. Penting! jangan basuh nasi separuh masak tu kasar2 nanti pecah tak sedap, guna sudu dan buat secara perlahan2 lemah lembut gitu. :P
  5. Lepas dah basuh sampai anda rasa kanji dah takde, masukkan balik nasi separuh masak tu kedalam rice cooker anda. *** PENTING !Tak perlu tambah air lagi sebab nasi yang kita cuci dan toskan tu separuh masak maknanya dah hampir2 masak bukan masih beras lagi tau. Selagi nasi tu kelihatan macam beras dan keras jangan toskan dan cuci lagi. Sebab tu lepas dah cuci dan masuk dlm rice cooker kita kena buat lubang2 kat nasi tu supaya dia masak all over dan jadi empuk.** 
  6. Kemudian, masukkan sedikit olive oil ataupun masukkan butter kedalam nasi tadi dan gaul. Anggaran 1 pot beras 1 sudu besar olive oil.
  7. Gaul sebati nasi tadi dengan olive oil secara merata, kemudian guna bontot sudu ataupun pencedok nasi anda tu buat lubang2 dekat nasi tu. Cucuk2 nasi anda supaya ada lubang untuk stim2 panas memasak nasi anda dengan menyeluruh
  8. Penting! Tutup penutup periuk rice cooker anda dengan kain bersih, supaya air daripada stim nasi tu tak menitik dalam nasi. Masak sehingga nasi benar2 masak. Siap!
  9. Hasilnya bila dah siap, nasi anda TAK melekat, peroi dan gebu! sedap sangat bila makan dengan lauk pauk. Olive oil sangat baik untuk kesihatan boleh google untk tgk kebaikan dia jadi mmg nasi putih yg lebih berkhasiat sbb tu lebih baik guna olive oil dari butter. SELAMAT MENCUBA! :)

0 comments:

Post a Comment

----

Please klik LIKE

New Latest Youtube free Video Download no Sex Adult

KELAKARGILA!!!!

Info Jobs Love Petua Education Islam and sexuality Job Vancancy